Tersedu sedan dia menutur ayat Al-Quran
Kekadang tersabdu-sabdu ribanya ke awan
Tak pernah pula rotan kena paha kiri dan paha kanan
Tapi bunyi seriau memukul lantai tak menahan
Kopiah di kepala abahnya ditatap
Dengan air mata dia mengharap
Agar abahnya dapatlah tutup Quran rapat-rapat
Dan tuturkan kita sambung esok pulak
Tapi abahnya cakap selagi tak kena selagi tu jangan harap
Lalu dia sambung dengan hingus kekadang merayap
Lalu selepas itu, di riba ibunya dia lenakan kepala
Ditarik jari jemari ibu dan kira sepuluh cukupnya
Ibu senyum aje, itu jugalah seperti malam sebelumnya
Tapi malam ini, ibunya ada berkata-kata
Abah itu ketua keluarga
Tanggungjawab dia memberi didikan agama
Biar awak tahu Quran itu pedoman kita
Jangan Islam kita hanya pada IC je
Esok-esok Abah pun dah tak pegang rotan
Abah tunggu awak baca Quran
Anak yang soleh lagi beriman
Itu yang akan kami bawa ke muka pengadilan
Di situ juga, air matanya makin berguguran
Apa aku punya amalan kalau abah tak pegang rotan!
No comments:
Post a Comment